Selasa, 05 Januari 2010

Haid pertamaku

27 desember 2009 bertepatan tanggal 10 Muharram 1431H

Pagi ini aku sudah berniat puasa sunnah 10 muharram...tidak aku sangka, saat mandi pagi ada sesuatu yang tidak biasanya terjadi...bersegera ku panggil bunda... kuperlihatkan noda hitam pada beliau...

" itu Haid, kakak sudah haid" begitu kata bunda sambil tersenyum.

" selamat ya nak, sekarang kakak sudah baligh, sudah besar...waktunya mempertanggungjawabkan sendiri semua perbuatan kakak...berdo'a pada Allah ya, yang tambah rajin ibadahnya.." kata bunda panjang lebar, diakhiri dengan ciuman dikeningku.

saat kubertemu ayah, ternyata bunda sudah menyampaikan haid pertamaku pada beliau. Ayah pun melakukan hal yang sama dengan bunda, menasehatiku dan memberi ciuman selamat dikeningku.

Selamat-pun diberikan oleh pakde pipin " selamat ya, moga jadi anak yang sholihah" begitu do'a pakde pipin untukku...ku sambut dengan senyuman.

Hari itu sepupu-ku yang memang sebaya denganku sedang khitan. mas Rizal dan mas Hanafi..

"wah barengan ya baligh-nya...mas hanafi, mas rizal, dan kak ulfi" begitu bu yayuk katakan.

Ya Allah..jagalah hamba untuk selalu dalam jalan dan Ridho-MU..semoga senantiasa istiqomH...AMIN

ARTIKEL Sains Haid (sumber : hamidarshat.com )

Akil Baligh 
Akil baligh bermula apabila anak perempuan mengalami gejala haid. Alam kanak-kanak berakhir apabila anak perempuan memasuki usia remaja yang menyediakan keadaan tubuh badan gadis itu untuk kehamilan dan untuk bersalin. Anak perempuan akan memasuki alam akil baligh iaitu alam kedewasaan menurut Islam, apabila beliau pertama turun darah haid. Di dalam bahasa medik ia dikenali sebagai menarche. Ia adalah berasal dari bahasa yunani yang bermaksud permulaan bulan. Pada puratanya ia berlaku pada sekitar umur 12 tahun. 

Puratanya seorang budak perempuan akan mencapai akil baligh selepas dua tahun mengalami pembesaran pada buah dadanya. Ini dikenali sebagai thelarche. Apabila menarche berlaku ini menandakan gadis itu mengalami rangsangan estrogen di dalam rahimnya. Terutama bahagian dinding rahim. Ia juga menandakan bahawa pintu serviks adalah terbuka untuk pengeluaran darah haid. Ia mengambil masa beberapa bulan sebelum sistem hormon berfungsi dengan baik sepenuhnya dan anak gadis ini mengalami gejala haidnnya yang pertama yang sempurna. 

Ada sebilangan kecil budak perempuan mengalami haid yang awal yang dipanggil (isolated premature menarche) dan ada juga yang mengalami haid yang lewat (primary amenhorrhea). 


Anak Perempuan lambat datang haid 
Lambat haid adalah satu simtom yang penting diawasi. Untuk anak perempuan yang lambat datang haidnya, contohnya beliau sudah berumur 16 tahun dan masih belum datang haid ia mungkin menandakan bahawa ada sesuatu penyakit, kecacatan atau sindrom yang menimpanya. Pada kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid untuk pertama kali pada umur 12 sehingga 16 tahun. Ini dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian dari doktor. 


Punca haidnya tidak datang 

Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada: 
- Fungsi ovari atau kilang pituitary yang menjadi tidak normal. 
- Kelewatan akil baligh yang disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir. 
- Kadang-kala terdapat juga kes berlaku di mana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen). 
- Dalam keadaan ini gadis tersebut mengalami simtom sakit perut setiap bulan tetapi haidnya tidak keluar.
- Faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk. 


Apakah yang bisa anda lakukan untuk mengatasi masalah anak tak datang haid? 

Langkah pertama ialah untuk mengenal pasti punca kelewatan haid. 
1. Perhatikan tanda-tanda kematangan pada anak perempuan anda seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak untuk mencari tanda pengeluaran estrogen yang berfungsi memberi ciri-ciri fisikal fisiologi wanita 
2. Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound dengan doktor pakar pada perut dilakukan untuk mengesan samada kewujudan rahim dan ovari di bahagian perkakas peranakan hadir ataupun tidak. 
3. Ujian darah dilakukan untuk menyukat paras hormon estrogen dan progesteron (samada ia normal). 


Merawat kelewatan haid bergantung kepada punca masalah. Sebagai contoh jika dara tertutup yang dikenali sebagai imperforate hymen dan menghalang haid keluar pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk faraj ‘artificial vagina’ boleh dilakukan, Satu laluan faraj dipotong untuk gadis tersebut. 

Rawatan ubat-ubatan jenis hormon pula diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary di otak atau ovary di rahim. 


Memahami gejala haid 

Sekarang mari kita lihat apa yang sedang berlaku di dalam badan anda sekarang. Apa yang berlaku ketika anda sedang haid? 

Anatomi fisikal rahim 

Gambarajah menunjukkan keratan rentas dari bahagian tepi anatomi ari-ari perempuan. Uterus adalah bahasa medik untuk rahim wanita. Kedudukannya yang normal adalah sujud ke hadapan seperti di dalam gambarajah ini. Jika ia condong ke belakang ia dipanggil retroverted uterus atau rahim terbalik. Ia boleh menyumbang kepada kes ketidaksuburan dan penyakit endometriosis. Kedudukan rahim berada di atas pundi-pundi kencing serta kebesarannya sebesar buah lai yang sekecil tangan anak-anak 6 tahun. 

Gambarajah menunjukkan keratan rentas organ peranakan wanita. Organ peranakan wanita terdiri daripada dua fimbria,dua ovari, dua fallopian tiub, rahim , faraj (vagina), dan pintu rahim (cervix). Di dalam gambar sebelah rahim merupakan bahagian tengah gambar itu yang berbentuk lapisan kon. Bahagian dalam dinding rahim dikenali sebagai endometrium. Bahagian ini amat penting untuk kehamilan kerana dinding rahim yang tidak sihat menyebabkan ketidaksuburan dan juga keguguran. 


Perjalanan sebiji telur 

Telur akan terbentuk di dalam ovari. Ia menetas dan ditangkap oleh tangan rahim iaitu fimbria. Ia melalui perjalanan ke rahim melalui fallopian tiub. Setibanya di rahim jika tiada persenyawaan berlaku ia berkecai dan luruh sebagai darah haid dan keluar melalui cervix, yakni pintu rahim. Darah itu akan keluar melalui faraj sebagai darah haid. 

Definisi haid 

Haid berasal dari perkataan arab ‘haizh’ yang mempunyai maksud yang luas. Di antaranya kotor, pencemaran, kesakitan dan keuzuran. Di dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai ‘menses’ yang berasal dari perkataan yunani ‘mensis’ untuk bulan. Untuk orang melayu kami lebih senang mengatakan bahwa kita sedang datang bulan atau datang kotor. Menurut orang tua-tua melayu zaman dahulu haid diriwayatkan sebagai tangisan dalam rahim. Darah haid merupakan titisan air mata rahim wanita yang sedang menangis. Sungguh indah perumpamaan orang-orang melayu zaman dahulu. 


Bagaimana Haid Berlaku? 
Haid ialah luruhan tisu dinding rahim melalui faraj sebagai darah haid. Ia berlaku melalui tindak-balas kompleks hormonhormon dalam badan melalui sistem endokrin di otak dan di kilang ovari. Hasil tindak balas hormon ini ia menyebabkan penetasan telur berlaku pada hari subur seorang wanita dan juga menyebabkan dinding rahim menebal sesuai untuk menerima penanaman sebutir janin ke dalamnya. Jika kehamilan tidak berlaku ia luruh sebagai darah haid. Seterusnya kitaran ini akan berulang semula. 


Fisiologi Haid 

Terdapat tiga perkara yang berlaku sewaktu anda akan haid: 
1. Pengeluaran hormon haid
2. Penetasan telur
3. Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid


I. Pengeluaran hormon haid 

Kitaran haid mengambil masa 28 hari. Sewaktu tempoh ini berlakunya pelbagai aktiviti serentak yang mengekalkan ciriciri dan fungsi-fungsi kesihatan wanita di antara yang terpenting kesuburan. Haid dikawal oleh otak dan juga system endokrin manusia. Sistem endokrin adalah seperti pengutus dari organ ke otak serta balik. Ia memberitahu organ dalam badan apa yang perlu ia lakukan. 

Sistem informasi haid terbahagi kepada bahagian-bahagian berikut: 
1. Hypothalamus (bahagian belakang otak)
2. Kilang pituitari
3. Kilang ovari


Mula-mula, segala-galanya bertolak dari bahagian belakang otak khususnya di bahagian Hypothalamus. Hypothalamus seperti komputer dan memproses segala data-data yang dihantar ke otak dan menguruskan keseluruhan sistem badan berdasarkan stimulus-stimulus yang diberi. Hypothalamus adalah bahagian bawah otak yang menyambung kepada sistem endokrin iaitu pituitari di dalam otak. Hormon yang penting dari Hypothalamus yang berguna untuk merangsang haid dipanggil Gonadotrophine releasing hormon (GnRH). Atas pengaruh faktor-faktor seperti emosi dan persekitaran seperti pemakanan, ataupun stimulasi hormon endokrin yang lain di dalam badan, hormon GnRH akan bertindakbalas. Pada awal pusingan haid ia akan mengutuskan signal bahawa sudah sampai masanya untuk bersedia untuk pusingan haid seterusnya. Ia menghantar mesej ke kilang Pituitari. 

Di bahagian otak sistem Pitituitari mengeluarkan hormon Lutienizing Hormone (LH) dan Follicle stimulating hormone(FSH). Ia terletak di otak di bahagian tengah bersambungan dengan bahagian hypothalamus dan sebesar sebiji kacang pea. Sepanjang 28 hari kedua-dua hormon ini akan berinteraksi dengan kilang ovari pula yang akan mengeluarkan hormon-hormon estrogen dan progesteron iaitu hormon yang mengekalkan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain . 

Perkembangan fasa-fasa endokrin (hormon-hormon putaran haid) 
1. Fasa pembentukan folikular (Follicullar phase) 
2. Fasa penetasan (Ovulation) 
3. Fasa Luteal (Luteal phase) 

1. Fasa pembentukan folikular (Follicullar phase) 
Pada hari pertama haid hormon GnRH dirembes oleh Hypothalamus serta merangsang hormon FSH untuk keluar. Apabila hormon FSH sampai ke tahap tertentu ia merangsang beberapa biji telur di kilang ovari. Pada satu tahap lain pula satu telur akan menjadi dominan dan membesar sebagai telur utama dan yang yang lain akan mengecut dan mati yakni mengalami atresia. 

2. Fasa penetasan (Ovulation) 
Pada hari subur yakni pada pertengahan bulan haid hormon luteinizing hormone atau LH akan memuncak dengan tinggi dan menyebabkan karung folikel yang memegang telur yang dominan itu yang masak menetaskan telur itu keluar dan ia akan ditangkap oleh fimbria iaitu tangan pada rahim. 

3. Fasa Luteal (Luteal phase) 
Karung telur yang tertinggal selepas telur menetas dipanggil corpus luteum. Ia mengeluarkan progestrone yang sangat kritikal untuk pembentukan dinding rahim sesuai untuk keadaan yang subur untuk kehamilan. Paras hormon progesterone dan estrogen yang tinggi menyebabkan hormon LH dan FSH akan ditekan daripada terus naik. Jika tiada kehamilan berlaku, bermakna paras hormon progestron dan estrogen dalam darah menurun dan corpus luteum itu mengecut dan hilang. Selepas 11-16 hari akibat paras hormon progesteron dan estrogen yang rendah hormon FSH dan LH akan naik semula untuk pusingan haid seterusnya. 


II. Penetasan telur 

Fasa Folikular 
Sewaktu perkembangan hormon GnRH , LH serta FSH berlaku satu proses kritikal yang lain sedang berlaku iaitu telur sedang menyediakan diri untuk menetas. Telur adalah merupakan setengah dari kromosom anda dan tanpanya pembentukan janin tak akan berlaku jika ia gagal menetas. Sewaktu embryogenesis atau penetasan telur, pada permulaan haid Hormon FSH (hormon yang stimulasikan karung telur) akan keluar. Beberapa telur akan terpilih untuk membesar dan satu akan menjadi dominan. Telur ini akan mengeluarkan hormon estradiol iaitu sejenis hormon estrogen dan atas pengaruh hormon ini ia akan makin membesar. 

Fasa Penetasan 
Bila tiba hari subur yakni sewaktu hormon LH memuncak pada hari ke -14 karung telur itu akan pecah dan menetaskan telur. 

Fasa Luteal 
Sel-sel karung telur yang tertinggal akan membentuk menjadi corpus luteum. Karung corpus lutuem ini seterusnya akan merembeskan hormon progestron,corpus lutuem yang merangsang dinding rahim untuk menebal untuk kehamilan yang boleh berlaku. Jika tiada janin terjadi, ini mengecut melalui proses atresia kerana paras estradiol dan progesteron makin berkurangan dan meresap serta hilang dalam darah. 


III. Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid 

Darah haid terdiri daripada darah segar dan yang beku serta tisu-tisu dinding rahim. Haid berlaku untuk membuang selsel dan tisu dari dinding rahim supaya setiap bulan bahagian dalam rahim wanita subur untuk satu kehamilan. Jika ia tidak berlaku sel-sel dinding rahim pasti luruh kecuali ada penyakit atau gangguan hormon. Dinding rahim dikenali sebagai lapisan endometrium. 

Fasa Proliferatif (Proliferative phase) 
Sewaktu fasa pertama yang juga dikenali fasa folikel ia bermula selepas haid habis sehingga tarikh telur menetas lapisan endometrium mengalami stimulasi oleh rangsangan estradiol yang dirembes oleh telur yang sedang matang. Tisu-tisu dan kelenjar-kelenjar endometrium makin menebal. 

Fasa Sekreteri (Secretory phase) 

Fasa ini juga dikenali fasa luteal. Ia bermula selepas telur menetas sehinggalah haid seterusnya. Pada peringkat ini karung telur yang merembeskan progestrone mengekalkan tahap penebalan endometrium serta kelenjar akan merembeskan mucus dan glycogen. Jika tiada kehamilan berlaku corpus luteum akan mati dan hilang serta paras estradiol dan progesteron pun turun. 

Fasa Haid 
Akhirnya dinding rahim luruh kerana tiada progesteron untuk mengekalkan kesuburannya. Dinding rahim terdiri yang daripada darah dari arteri serta urat , tisu-tisu kelenjar dan tisu endometirum, sel pembuluh darah merah, leukocytes akan keluar melalui cervix (pintu rahim) sebagai darah haid. 


dARI BUNDA saiang....
Alhamdulillahirobbil aalamiin..hari ini 10 muharram 1431 Hijriyah / 27 desember 2009... putri sulung-ku Alif Aisyah Mutsaqoful Fikri..memasuki gerbang "Baligh" mendapatkan haid pertamanya.. 

Subhanallah...segala rasa beraduk menghadapi...putriku sudah besar...sudah masanya mempertanggungjawabkan segala apa yg dilakukannya...

"Ya Allah selalulah bimbing putri hamba dalam jalan-MU..semoga bertambah amal-ibadahnya..semakin bertambah kematangan jiwanya..hamba pasrahkan penjagaannya padaMU ya Allah..."LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLA"...amin